Lunar X dan Lunar V menandakan waktu bulan berada dalam fasa sukuan pertama. |
Apa itu Lunar X dan Lunar V? Mereka lebih terkenal dikenali sebagai ciri optik pada bulan, dan ia jelas kelihatan pada teleskop atau kamera. Lunar X terletak lebih dekat ke sisi selatan Bulan, manakala Lunar V berada hampir di tengah-tengah piring Bulan. Lunar X dan Lunar V boleh dilihat pada setiap kitaran bulan, tetapi hanya untuk masa yang singkat. Lunar ini hanya dapat dilihat selama kira-kira 4 jam di sekitar fasa bulan suku pertama.
Bulan separa - Kuartal pertama/sukuan pertama |
Terbentuknya Lunar X ini adalah disebabkan pencahayaan dan topografi di bulan. Ia akan menghasilkan corak yang tidak begitu asing bagi mata manusia iaitu huruf "X" dan "V". Pada hakikatnya, ilusi Lunar X diciptakan oleh cahaya matahari yang jatuh di tepi/rebung antara kawah La Caille, Blanchini, dan Purbach. Lunar V pula disebabkan oleh kawah Ukert yang menerangi cahaya, bersama dengan beberapa kawah yang lebih kecil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan