Selasa, September 12, 2023

Brain Overwhelmed


"Seluas lebar meja pun tidak cukup menyelesaikan akal yang rumit." - hh

Apa yang ingin dicari
Apabila kita terlalu menyelam laut yang dalam lagi luas. Di mana diri kita dalam cakupan ruang tersebut? Apabila kita tenggelam, sebagaimana daya alam membawa kita ke permukaan laut semula? Kini, pada pukul 3:40 pagi. Saya tidak memejamkan mata lagi. Buku-buku yang berselerak di atas meja, kertas-kertas formula, jalan kerja kegagalan, soalan-soalan yang tidak terjawab, fail-fail yang ada, fail-fail yang belum ada tuan, jurnal Ogos 2023 yang menanti tuannya menulis dan bermacam lagi cerita di atas meja. Semuanya terlalu kompleks untuk difikirkan apabila setiap satu mempunyai tujuan yang berbeza. Dan lebih merumitkan apabila setiap tujuan itu dilakukan separa jalan. Apabila sudah ada lambakan seperti saya perkatakan tadi, timbul pula persoalan baru. "Apa yang aku cari?".

Mencari sesuatu yang putus pencarian
Bila adik ajak saya bermain. Ada seberapa peratus saya akan beranjak pelawanya atas tujuan kerja. Namun, apa yang diperkerjakan atas meja? Persoalan itu timbul setiap kali ajakannya. Sehingga mati akal saya memikirkan apakah sesuatu yang ingin dicari tetapi putus jugalah tali pencariannya itu. Fikirnya saya sehingga berkelana saya dalam kelamnya arah.

Hendak saya mula semula, tetapi dari mana? Menjadi pelajar fizik, tidak dapat saya nafikan bahawa ia juga perlu banyak buku yang perlu dibaca. Mustahil ingin menjadi ahli fizik namun kurang membaca. Semakin tertumpu kita ke arah bidang yang dituju, maka pembacaan akan menjadi lebih kompleks dan teknikal. Namun, demi mencapai tahap ini, ia perlu menguasai akan keupayaannya untuk berdiri. Di sini sekelumitnya fikiran bermula. Hendak mula dari mana andai kesemuanya sudah chaos? Kita tidak ada butang reset kecuali lupa. Dan hendak mula dari asas, umpama berumur dua kali. Apabila sudah terlalu banyak beban dipikul maka banyak juga yang perlu dikejar. Namun, terlalu pantas membuat kita terlepas. Seperti waktu saya sekarang. Lost and overwhelmed.

Perhentian
Kadangkala, muhasabah diri itu mempertemukan diri kita yang telah hilang (baca: sesat) kembali. Kita jadi keliru dengan diri sendiri. Ke mana arah kita nak tuju sebenarnya? Banyak kerugian yang dirasa dalam diri, termasuk masa dan tenaga yang dilabur sebelum ini. Namun menemui jalan pulang adalah tiada nilai gantinya. Membetulkan kembali apa yang telah terpicang adalah dosa yang perlu dibayar dari waktu lalu. Semoga selepas ini, diri lebih mengetahui jalan yang dituju dan terus tumbuh berkembang mekar adanya. Berbalik jugalah buat pembaca 

"Berpundak hendak memikul timbul, nafas mula kuhela semula."

– hh (12/9/2023)
Share:

0 Komen:

Catat Ulasan