Anda tidak bertanggungjawab ke atas
sesuatu yang anda tidak terlibat.
Kenyataan ini adalah suatu konsep moral yang berprinsipkan tanggungjawab individu terhadap tindakan dan keputusan mereka sendiri. Ia menekankan bahawa seseorang hanya sepatutnya bertanggungjawab terhadap perbuatan dan keputusan yang mereka terlibat secara langsung atau secara sedar. Namun, kenyataan ini adalah sebaliknya. Justeru, ia meletakkan keupayaan diri sebagai kuasa terbesar.
Dengan menggunakan prinsip ini, ia adalah alasan atau pembenaran untuk mengelak dari tanggungjawab terhadap tindakan atau keputusan yang mereka rasa mungkin merugikan mereka atau membahayakan kedudukan atau kepentingan mereka dalam sebuah organisasi.
Selagi mana suatu individu itu berpegang pada prinsip ini, individu tersebut akan cenderung untuk menjalankan tindakan yang lebih berorientasikan kepentingan diri tanpa mengambil kira aspek moral atau etika, yang pada akhirnya mencerminkan pendekatan yang egoistik dan manipulatif terhadap situasi.
Misalnya dalam politik, seorang pemimpin mungkin mengetahui tentang tindakan curang yang sedang dilakukan oleh ahli dalam parti politiknya untuk memanipulasi hasil pilihan raya. Meskipun pemimpin tersebut tidak terlibat secara langsung dalam manipulasi ini, dia memilih untuk tidak bertindak atau memberi maklumat kepada awam atau pihak berkuasa yang berkenaan. Dia menggunakan prinsip di atas untuk mengelak dari tanggungjawab terhadap tindakan curang yang berlaku, mengutamakan kepentingan dirinya dalam mengekalkan kuasa politiknya.
- hh (17/9/2023)
0 Komen:
Catat Ulasan