Sistem termodinamik
Sistem merujuk kepada mana-mana objek atau kawasan dalam alam semesta yang ditentukan untuk dikaji (Rujuk Rajah 1.2). Umumnya, sistem ini melibatkan pengajian tentang sekumpulan objek. Dalam sistem termodinamik, terdapat tiga bahagian penting iaitu, sistem termodinamik, sempadan dan sekitaran.
Sempadan (boundry) pula merujuk kepada had atau batas antara sistem dan sekitaran. Sempadan sistem akan berubah bentuk atau sifatnya apabila terdapat pertukaran tenaga antara sistem dan sekitaran. Sistem boleh terbahagi kepada tiga jenis, iaitu sistem terbuka, sistem tertutup, dan sistem terpencil.
Jika terdapat pemindahan jirim dan tenaga melalui sempadan, sistem tersebut dikategorikan sebagai sistem terbuka (open system). Namun, dalam kes yang sedang dikaji ini, sistem ini mengandungi jirim yang kekal.
Sistem yang tidak melibatkan pemindahan jirim melintasi sempadannya dianggap sebagai sistem tertutup (closed system).
Selanjutnya, jika tidak ada pertukaran tenaga dan jirim antara sistem dan sekitarannya, sistem ini dikategorikan sebagai sistem terpencil (isolated system). Contoh tunggal untuk sistem terpencil adalah alam semesta itu sendiri.
Sebagai contoh, manusia merupakan contoh sistem terbuka. Jirim dalam manusia dipertukarkan dengan sekitaran melalui proses-proses pemakanan, pernafasan, dan pembuangan. Pertukaran tenaga juga melibatkan penyerapan dan pengeluaran haba serta kerja mekanikal oleh otot-otot badan.
- hh (1/1/2023)
0 Komen:
Catat Ulasan