Isnin, September 18, 2023

Mahasiswa Idealis dalam menceburi realisme politik negara

———

Oleh hh (Isnin, September 18, 2023)

Apabila saya memerhatikan Persidangan Parlimen Mahasiswa Kebangsaan 2023. Sedarlah bahawa kita ada ramai mahasiswa yang ada kemahiran berdebat, tidak kurang juga idea/ideologi dalam pembangunan serta kebajikan. Ini bagus untuk negara kita kerana berjaya melahirkan mahasiswa yang progresif dan berdaya fikir. Saya melihatkan bahawa parlimen mahasiswa ini tidak akan lari daripada politik kampus. Tapi hanya pada peringkat universiti sahaja mereka akan berdaya untuk cemburi (politik) kebanyakannya.

Bagi saya, apa yang penting bagi mahasiswa ini terlibat dalam medan politik negara (khusus Malaysia) adalah mengikut peringkat aturan berikut,

Latar belakang (pengaruh)
\/
Kebajikan
\/
Kemahiran
\/
Idea/Ideologi

Kemahiran dan Ideologi tidak penting kalau tiada pengaruh atau latar belakang yang kukuh. Ya, termasuklah kebajikan. Buat banyak kerja kebajikan pun kalau tidak mengoptimumkan pengaruh terhadap suatu parti (melalui kawasan tersebut), usah diperharapkan untuk duduk di dewan² perbahasan. Ada ahli politik yang jenis buat kerja (kebajikan) bertahun-tahun kat suatu kawasan, tapi tak pernah menang. Kah. Masyarakat kita lebih memilih parti berbanding individu. Semakin besar pengaruh dalam parti, makin besar kuasa. Jadi pengaruh itu penting.

Sudah ada pengaruh, baru bina kebajikan. Barulah rakyat nampak, ahli politik buat kerja. Buat kerja kebajikan, tidak perlu kemahiran dengan idea. Nampak orang susah, bantu. Tetapi kemahiran dengan idea akan datang seiring apabila buat kerja kebajikan.

Vise versa untuk idea terhadap kemahiran.

Parlimen mahasiswa adalah idealistik. Untuk mahasiswa ini terlibat dalam politik negara, mereka perlu realistik dengan peringkat² di atas.

Jadi tidak pelik sekiranya ada ahli² dalam parlimen negara yang perangai tidak berapa semenggah nak dibandingkan dengan parlimen mahasiswa.

– hh (11/9/2023)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut langganan