Ahad, September 17, 2023

Tindakan terhadap kes buli sebagai "the act of preventing" atau "the act of handling"?

———

Oleh hh (Ahad, September 17, 2023)

Gambar diambil daripada Mstar 16 September 2023.

Hanya satu kes buli daripada kebanyakan kes yang didedahkan. "What can the government do?", kata saya dengan sinis. Mengapa sinis? Kerajaan mempunyai kuasa untuk membentuk masyarakat. Pemerintah adalah moden suri tauladan bagi masyarakat dalam sesebuah negara. Jika baik pemerintahannya, baik jugalah masyarakat negara tersebut.

"Ini masalah evergreen ya. Biasalah tu, pelajar.", kata seorang yang naif terhadap isu buli.

"Masalah buli ni berpunca daripada latar belakang keluarga sendiri", kata kebanyakan orang yang sudah mengenalpasti punca kebanyakan kes buli.

Menyatakan masalah adalah separuh daripada penyelesaian masalah, separuh lagi adalah tindakan.

Tapi tindakan dah diambil, masalah masih ada. Di mana silapnya?

Jadi ia bukan "the act of preventing", tapi "the act of handling". Apabila datang kes buli, kita hanya tahu cara untuk menguruskan kes tersebut sahaja. Kalau kes lebih teruk, kita hantar polis. Vise versa. Tetapi kita tidak ada tindakan yang berupa untuk mencegah. Pencegahan secara berkesan.

Ibarat memotong batang pokok yang kelak akan tumbuh juga batang yang baru. Sekiranya, kita mengenali akar masalah kes membuli ini. Pasti pokoknya tidak akan hidup kembali dengan cabang-cabang lainnya juga.

Bahkan saya bersetuju bahawa budaya membuli ini adalah bersifat global. Anda pergi sahajalah ke mana-mana negara, anda akan menemui buli. Bukan sahaja pada peringkat sekolah, bahkan pada peringkat pekerjaan. Jadi, sesiapa yang dapat menyelesaikan masalah buli ini secara berkesan, selayaknya saya katakan untuk memberinya Nobel Keamanan.

Namun, saya bukanlah seorang yang terlalu idealis. Menerima hakikat bahawa kes ini akan sentiasa ada itu adalah sudah tentu. Maka, pada kadar yang terbaik adalah bagaimana kita dapat mengurangkan kadar kes membuli ini. Sehingga mungkin beberapa tahun, masalah ini boleh ditangani (dan menjadi tabu dalam masyarakat kita).

Bagi saya sendiri, bukanlah anak-anak yang sepatutnya ditekankan berkenaan budaya membuli ini. Sebaliknya adalah orang dewasa sendiri! Orang dewasalah sepatutnya perlu mempunyai kesedaran dalam budaya membuli, apatah lagi mereka yang baru berkeluarga. Anak-anak tidak lain adalah mencontohi apa yang dilihat oleh persekitarannya. Persekitaran yang baik dan rohaniah, akan membentuk akhlak yang baik dalam diri anak-anak. Begitu jugalah sebaliknya, nauzubillahuminzalik.


– hh (Facebook, 17/10/2023)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut langganan