Khamis, Disember 08, 2022

Muhasabah Diri: Mengehalkan perbuatan kita

Adalah keperluan kita untuk senantiasa muhasabah diri kita semula atas setiap perilaku yang telah kita lakukan. Muhasabah diri ini tidak lain adalah merenung diri kita semula. Bila kita katakan merenung itu adalah kita tenung dengan mata yang menilai kekurangan yang ada dalam diri kita. Sebagaimana kita menghadap cermin, semakin kita menghampiri diri kita pada cermin, semakin jelas kita tampak akan kezahiran diri kita. Dalam kezahiran itu adanya kelemahan dan kekurangan. Kadangkala kita tidak menyedari bahawa ada sisihan kecil daripada perbuatan kita itu adanya kekurangan atau memberi mudarat kepada orang lain. Atas hal itu adalah berkeperluan untuk kita muhasabah diri semula walaupun ia pahit untuk ditelan kerana kebanyakan manusia itu sendiri tidak suka untuk menilai dan melihat kekurangan diri sendiri. Atas sebab itu andai tidaklah memakan ubat, maka timbullah penyakit hati yang terdiri daripada sifat buruk ataupun mazmumah seperti riya’, al-ghadhab (marah), lalai dan lupa (al-ghaflah wan nisyah), was-was (al-was-wasah), tama’(tamak), al-ghurur(terpedaya), al-ujub(sombong), dengki dan iri hati (al-hasd wal hiqd), dll. Daripada Syadad bin Aus RA, Rasulullah SAW bersabda,

“Orang yang bijak adalah mereka yang bermuhasabah dirinya sendiri dan beramal untuk kehidupan selepas kematian”.

(Hadis diriwayatkan oleh Imam Termizi).

Selanjutnya pula adalah seruan hijrah yakni kita memperbaiki, melakukan perubahan dan berpindah dari kekurangan dalam diri kita itu kepada kebaikan. Melalui pendekatan ini, kita akan sentiasa terdorong untuk memperbaiki segala kekurangan, kelemahan dan keburukan diri sendiri dalam berhijrah.

Persoalkan dalam diri beberapa soalan sebelum bertindak,

1.Apakah perbuatan kita itu akan membawa mudarat atau maslahat pada orang sekeliling atau diri kita?
Dalam kata mudarat ini adalah zahir mahupun batin. Boleh jadi perbuatan kita itu melukakan hati orang lain ataupun asbab perbuatan kita itu telah membawa ancaman atau menyusahkan orang lain. Setiap perbuatan yang kita lakukan ada kesan dan impaknya tersendiri. Kecil atau besar. Jauh atau dekat. Lama atau singkat. Kesan-kesan ini termasuklah dalam persoalan yang lain.

2. Mampukah kita menerima atas apa yang kita lakukan jika dilakukan ke atas diri kita?
Biarlah apa yang kita tindak berkadar mampu dengan apa yang sanggup kita terima.

3. Apakah pandangan orang lain terhadap kita setelah itu? 
Dilihat pula dari segi thiqah(kepercayaan) orang lain terhadap kita pula. Adapun tindakan kita itu kadangkala membawa kepada tindakan yang tidak baik, tidak bijak, tidak matang, keanak-anakan malah boleh mencapai tidak siuman. Demikian itulah yang merosakkan thiqah kita terhadap orang lain. Oleh hal itu adalah penting untuk kita bertindak secara berhikmah dan baik. Namun, harus dipertimbangkan pembawakannya. Adapun sebahagian orang lain bertindak secara agresif dan tegas. Ada juga tindakannya lembut dan sopan. Kedua hal ini harus dipertimbangkan, dan ada caranya dalam menjaga thiqah terhadap orang lain.

4. Apa niat kita?
Persoalan yang mudah namun perlu dijawab dengan hati yang suci dan bersih. Apa yang kita buat sebenarnya atau ke atas apa kita sandarkan. Dengan mudah kita dapat menentukan andai tindakan kita itu baik mahupun buruk adalah dengan menyandarkan redha Allah dalam perbuatan kita. Mustahil untuk hal yang buruk berpaut kepada Allah. Oleh itu, perlulah redha Allah semata-mata dalam setiap amal perbuatan kita.

Mungkin pembaca ada persoalan lain yang lebih baik untuk difikirkan bolehlah berkongsi di ruangan komen. Demikian perlu kita hadirkan persoalan-persoalan ini adalah agar setiap tindakan kita itu adalah sentiasa memberi kesan atau maslahat baik terhadap orang sekeliling.

- hh (8/12/2022)
Share:

Rabu, Disember 07, 2022

Isnin, Disember 05, 2022

Kritikan terhadap budaya hedonisme yang melampau di kampus USM

Saya benar kecewa dan sedih terhadap program-program konsert yang sedang berlangsung di kampus USM sekarang. Saya menolak dan mengecam keras normalisasi budaya hiburan melampau (hedonisme) ini terus berleluasa dalam kalangan masyarakat kampus.

Universiti berperanan sebagai pusat institusi pendidikan yang dahulunya dipandang tinggi oleh masyarakat. Ilmu itu pula berperanan dalam mengangkat manusia kepada kedudukan yang lebih tinggi dan dihormati. Maka universiti sepatutnya menjadi tempat memanifestasikan ilmu dan bukanlah menjadi tempat menapak kejahilan dan kefuturan dalam kalangan masyarakat kampus dengan menyidangkan program yang tidak ada manfaatnya. Sahabat kampus yang benar saya hormati, tiada apa yang kita peroleh jika tiada reda Allah dalam setiap perilaku perbuatan kita. Isilah masa dengan perkara yang membawa manfaat pada diri dan kurang mudaratnya. Bukan sahaja fizikalnya namun rohani dan juga emosinya.

Dalam Islam ada caranya untuk berhibur dan syumulnya Islam tidak menghalang umatnya untuk berhibur, namun ada had sempadan yang perlu dipatuhi.

- hh (5/12/2022)
Share:

Isnin, Oktober 31, 2022

Nyorok pagi

Sarapan dulu boss (Nasi Kandaq RM1, 10/9/2022)

Gadis payungan,
mendung berhujan,
teh yang ditarik,
roti canai yang ditebar,
laporan makmal yang belum disiapkan,
perjumpaan tidak terancang,
lewat ke kelas,
tidak tahu bila lagi boleh rasa,
momen-momen inersia,
di antara timbangan mahasiswa.

– hh (31/10/2022)
Share:

Isnin, Oktober 24, 2022

Pembelajaran Berasaskan Inkuiri: Menjana soalan bagi meningkatkan kefahaman

Memahami suatu konsep dengan membangkitkan persoalan-persoalan boleh menjadi kaedah pembelajaran yang baik bagi sesetengah individu. Hal ini menjadi satu kaedah efisien yang boleh digunapakai untuk pembelajaran secara lebih tertumpu. Adapun sebilangan pelajar yang sanggup meredah keseluruhan topik silibus kursusnya hanya untuk menjawab beberapa topik yang bersifat elektif. Menjadi persoalan, apakah kaedah ini lebih baik? Bagaimana kita ingin menjawab soalan jika kita tiada pemahaman konsep/ilmu yang jitu?

Albert Einstein pernah mengungkapkan, "The important thing is not to stop questioning. Curiosity has its own reason for existing. One cannot help but be in awe when one contemplates the mysteries of eternity, of life, of the marvelous structure of reality. It is enough if one tries to comprehend only a little of this mystery every day."

Tuan Albert menyatakan berkenaan kepentingan untuk memunculkan persoalan dalam kehidupan. Inilah asas pembangunan ilmu yang telah dibina sejak zaman dahulu kala. Misalnya contoh umumnya, Kaedah Socratic telah diilhamkan oleh falsafah Socrates, di mana persoalan baru dilahirkan daripada suatu persoalan. Keintelektualan diperkembangkan melalui proses membangunkan persoalan-persoalan baru, yang kemudiannya akan dicari jawapannya. Ini membawa kepada permulaan Kaedah Saintifik, di mana prosedur utama adalah untuk menamakan permasalahan dalam bentuk soalan. Dengan mengemukakan soalan yang tepat, kita dapat mencari jawapan melalui kaedah saintifik bagi mencapai kefahaman yang lebih baik.

Tidak dinafikan bahawa sesetengah manusia mampu menghasilkan persoalan sendiri setelah memahami dapatan ilmu tertentu. Namun, terdapat juga mereka yang memerlukan persoalan atau renungan terlebih dahulu sebelum dapat menghasilkan persoalan-persoalan lain. Bagi saya, mereka yang mampu menghasilkan persoalan sendiri dengan idea baru ialah individu yang genius. Proses ini membuka jalan kepada kefahaman manusia melalui persoalan baru yang belum pernah dipikirkan atau dipersoalkan sebelumnya. Hal ini juga boleh datang daripada bentuk ilham. Ini adalah satu kelebihan yang perlu dihargai, tetapi jika tidak digunakan dengan baik, ia akan menjadi kerugian besar bukan sahaja kepada individu itu tetapi juga kepada orang sekelilingnya.

Dalam konteks pelajar universiti, kebanyakkan nota yang disediakan oleh pensyarah dalam bentuk slaid iaitu bersifat ringkasan daripada buku-buku rujukan. Untuk membentuk kefahaman yang jitu ia haruslah melalui sumber yang jitu. Setelah kefahaman dibina dengan teguh, lantas itu pula menjadi keperluan merujuk nota ringkas yang disediakan pensyarah sebagai mengisi apa yang kurang. Melalui kaedah ini, pelajar dapat membuahkan  persoalan-persoalan yang berbangkit setelah mendalaminya. Adapun keperluan membaca ini berupaya menambahkan ilmu pengetahuan namun ia tidaklah begitu memberi impak sebagai kaedah bagi mengembangkan ilmu.

Pengembangan ilmu melalui pembacaan sahaja bermula apabila kita mula membaca bacaan lain lalu mengaitkan antara satu dari pembacaan dengan yang lain. Boleh jadi perkaitan itu membuahkan pertembungan diantara dua pandangan atau wujud perspektif yang berbeza. Oleh hal demikian, ia menjadi keperluan pembaca untuk menilai dan menganalisis dengan kritis. Hal ini menjadi medium utama penyelidik dalam membuahkan persoalan daripada bahan-bahan yang telah dibaca. Kefahaman ilmu adalah penting supaya ia dapat dibuktikan melalui amalan secara praktikal.

Richard Feynman ialah seorang ahli fizik teori yang terkenal dan berjaya secara meluas, malah berjaya memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1965. Dia seorang lelaki yang cemerlang dan Feynman membangunkan kaedah peribadinya sendiri untuk mempelajari secara mendalam dan menghayati topik. Kini dikenali sebagai teknik Feynman, ia adalah satu proses yang mudah, mengandungi 4 langkah yang boleh diulang iaitu Belajar, Ajar, Mengisi lohong Kejahilan, dan Permudahkan.

Bagaimana pula kita ingin membentuk persoalan yang konkrit melalui teknik Feynman ini? Seperti langkah pertama adalah belajar. Bermakna individu tersebut berkeperluan untuk belajar dengan apa yang ia faham/sekadar yang ia faham. Bagaimana hendak tahu andai kita sudah faham? Langkah kedua, kita mengajar. Kita mengajar orang dengan kefahaman yang kita ada melalui pembelajaran kita di langkah satu. Di sini percambahan ilmu akan berlaku, dalam sesi mengajar orang yang cuba hendak memahami apa yang kita ingin sampaikan akan membuahkan pelbagai persoalan. Kita akan diuji dengan persoalan-persoalan dengan kefahaman yang kita ada. Antara objektif yang kita perlu cari dalam langkah ini adalah sebuah/beberapa persoalan yang kita tidak dapat lagi menjawab. Setelah ini, kita menuju pula kepada langkah ketiga, iaitu mengisi lohong kejahilan. Langkah ketiga melibatkan aktiviti mengulangkaji, tetapi dengan tumpuan yang mendalam pada jurang ini. Matlamat langkah ketiga ini adalah untuk mengisi pula lohong-lohong kejahilan terhadap kefahaman kita dan mengubahnya menjadi sebuah kefahaman kuat dan jitu. Setelah kita mempunyai kefahaman yang jitu, langkah terakhir adalah permudahkannya. Iaitu permudahkan pemahaman kompleks yang kita pelajari dengan penyampaian yang lebih mudah untuk disampaikan. Misalnya kepada orang awam yang tiada latar belakang berkenaan bidang yang kita belajar.

- hh (3:31 PM, 24/10/2022)
Kemaskini, 4/3/2023


Share:

Ahad, Oktober 02, 2022

Amanah Dr. Yusuf Al-Qardhawi terhadap lima ilmu Fiqah

"Oleh sebab itu, kebangkitan Islam dan gerakan Islam dengan semua kecenderungan dan madrasahnya sangat memerlukan kesedaran yang mendalam tentang apa yang kami namakan sebagai Fiqh Ikhtilaf.

Ia merupakan salah satu daripada lima ilmu Fiqah yang harus ditekan dan diperhatikan kerana kita sangat memerlukannya. Kelima-lima fiqah itu ialah:

1. Fiqh Maqasid (sasaran), suatu fiqah (pengkajian) yang tidak hanya berhenti pada juz'iyyat (cabang) dan kulit syariat saja tetapi menembusi kulliyat dan sasaran-sasaran syariat dalam segala aspek kehidupan. Fiqh ini menyempurnakan langkah yang telah ditempuh oleh Imam Syatibi di dalam Muwafaqatnya terutama memperhatikan maqasid ijtima'iah (sasaran sosial).

2. Fiqh Aulawiyat (keutamaan). Masalah ini pernah saya sentuh dalam buku As-Shahwah Al-Islamiyah Bainal Mud wat Tatharruf. Masalah ini hingga sekarang masih memerlukan pengkajian lebih jauh, mengenai perincian dan aplikasinya ke dalam realiti.

3. Fiqh Sunan, yakni sunah-sunah kauniah (sifat alam) dan ijtimaiyah (sosial) yang ditetapkan Allah di alam ini. Sunah-sunah itu bersifat "pasti" dan tidak berubah, seperti sunnah perubahan dan sebagainya.

4. Fiqh Muwazanah Bainal Masalih wal Mafasid (pertimbangan antara kemaslahatan dan kemudaratan) yang didasarkan kepada pemahaman, kajian ilmiah, objektif dan ketelitian terhadap realiti, baik realiti kita mahupun realiti orang lain dengan memanfaatkan semua data, informasi dan kemudahan moden.

5. Fiqh Ikhtilaf (perbezaan pendapat) yang sudah dikenali sejak abad terbaik umat, yakni zaman para sahabat, tabiin dan para Imam mazhab. Perbezaan ilmiah yang berlaku di kalangan mereka tidak pernah menimbulkan impak negatif sama sekali. Kealpaan dalam menekuni Fiqh Ikhtilaf menyebabkan kita saling bermusuhan lantaran masalah-masalah kecil atau tanpa sebab sama sekali."

Sumber Rujukan :
1. Fiqh Al-Ikhtilaf - Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
Share:

Percanggahan antara Transformasi Galileo dengan Teori Keelektromagnetan

Selepas prinsip transformasi Galileo dan teori kerelatifan diterima umum pada tahun 1860 Maxwell telah membentangkan teori keelektromagnetan yang berasaskan empat persamaan berikut,

\(\begin{equation}\phi_E=\displaystyle\int E\cdot dS=\frac{q}{\varepsilon_0}\end{equation}\)
\(\begin{equation}\phi_B=\displaystyle\int B\cdot dS=\frac{q}{\varepsilon_0}\end{equation}\)

\(\begin{equation}\displaystyle\int B\cdot dl=\mu_0 i+\mu_0\varepsilon_0\frac{d\phi_E}{dt}\end{equation}\)

\(\begin{equation}\displaystyle\int E\cdot dl=-\frac{d\phi_B}{dt}\end{equation}\)

Di sini \(\phi_E\) adalah fluks elektrik, \(\phi_B\) fluks magnet, \(\mu_0\) ketelapan, \(\varepsilon_0\) adalah ketelusan dan \(S\) adalah luas permukaan. Seperti biasa, \(E\) dan \(B\) adalah medan elektrik dan medan magnet. Dalam teori ini gelombang elektromagnet (EM) dianggap merambat dengan kelajuan \(3\times 10^8~\text{ms}^{-1}\). Kelajuan ini sama dengan kelajuan cahaya maka dapat disimpulkan yang gelombang EM adalah juga gelombang cahaya. Hasil ini juga telah dibuktikan secara ujikaji oleh Hertz pada tahun 1888. Suatu hal yang agak janggal, dalam teori Maxwell gelombang tidak memerlukan medium untuk merambat, maka penyelidik pada masa itu mencadangkan gelombang EM juga memerlukan medium untuk merambat. Dengan demikian disyorkan supaya medium ini dinamakan eter, yang meliputi semua ruang. Jadi persamaan Maxwell berlaku pada rangka rujukan yang pegun relatif terhadap eter. Rangka ini dinamakan rangka eter atau rangka mutlak. Masalahnya sekarang, pertama transformasi Galileo berlaku untuk keelektromagnetan. Ujikaji yang dilakukan oleh Michelson Marley pada tahun 1887 cuba menyelesaikan kedua-dua masalah di atas (Muhammad Yahaya, 1989).

Share:

Khamis, September 29, 2022

Pemikiran kritis dalam bidang logik tidak formal

Pemikiran kritis adalah proses pemikiran secara teliti demi menjelaskan dan memperbaiki kefahaman. Pemikiran kritis mendorong individu menguji kebenaran sesuatu perkara dan bersifat rasional seperti menaakul secara kritis. Ada beberapa cara untuk berpikir kritis, seperti mengidentifikasi permasalahan atau pertanyaan, mengumpulkan data, pendapat dan argumen serta menganalisa dan mengevaluasi data yang terkumpul.

Pemikiran kritis secara meluas dianggap sebagai spesies logik tidak formal, walaupun pemikiran kritis menggunakan beberapa kaedah formal. Dalam bidang logik tidak formal (informal logic), pemikiran kritis telah sedia digunakan oleh penulis-penulis lain yang juga mengkaji bidang logik tidak formal. T. Edward Damer merujuk kepada "pemikiran kritis" sebagai usaha untuk "mempelajari sedikit (daripada bidang) logik". Beliau menerima pendapat bahawa pemikiran kritis bertujuan mempelajari pelbagai kemahiran yang dapat membantu kita membezakan antara kepercayaan yang patut diterima dan kepercayaan yang patut ditolak. Termasuklah juga dalam menentukan keputusan yang betul untuk bertindak secara berkesan.

Menurut kamus dewan "kritis" didefinisikan,

1. Tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu (menimbangkan buruk baik terlebih dahulu).

2. Bersifat mengkritik (tidak menerima sesuatu bulat-bulat) atau mengecam.

Oleh itu mengikut takrifnya, pemikiran kritis bermaksud berfikir secara saksama dengan menilai dan menimbangkan buruk baik terhadap sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan atau penilaian (Kamsiah Abdullah, 1998).

Sumber Rujukan:
[1] Definisi Pemikiran Kritis. http://eprints.utm.my/id/eprint/23065/1/Definisi%20Pemikiran%20Kritis.pdf Dicapai 04/03/2023.

[2] Berpikir Kritis: Pengertian, Manfaat, Cara Mengasah & Rekomendasi Buku. https://www.gramedia.com/best-seller/berpikir-kritis/ Dicapai 04/03/2023.

[3] Pemikiran kritis - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pemikiran_kritis Dicapai 04/03/2023.

[4] Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. https://pnc.ump.edu.my/index.php/en/activity/articles/43-umum/153-berfikir-secara-kritis-dan-kreatif Dicapai 04/03/2023.

[5] Berfikir Secara Logikal dan Kritikal - Artikel - PTS. https://pts.com.my/berita/berfikir-secara-logikal-dan-kritikal/ Dicapai 04/03/2023.

[6] Critical Thinking - Stanford Encyclopedia of Philosophy. https://plato.stanford.edu/entries/critical-thinking/ Dicapai 04/03/2023.

[7] (PDF) When Informal Logic Met Critical Thinking - ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/269738605_When_Informal_Logic_Met_Critical_Thinking Dicapai 04/03/2023.

Share:

9 Jenis Pembuangan Masa

#SegmentasiOrientalisPositif

1. Menunggu ilham.

2. Bimbang dengan pendapat orang lain.

3. Mengeluh tentang segala-galanya.

4. Cuba untuk menggembirakan semua orang.

5. Membandingkan diri anda dengan orang lain.

6. Mengulangi kesilapan yang sama.

7. Cuba melakukan segala-galanya dengan sempurna.

8. Ketakutan akan kegagalan.

9. Tidak menjalani hidup anda.
Share:

Insomnia dan Pengaruhnya dalam pemecahan kitaran tabiat yang baik

Masalah

Sejak kebelakangan ini saya mula ada masalah tidur lewat semula walaupun saya tidak ada pun tugasan yang banyak. Semua ini bermula apabila saya ingin kejar kembali silibus dalam Linear Algebra dan Vektor Analisis. Mungkin semua ini berpunca daripada masalah pengurusan habit sendiri sebenarnya (saya baru terfikir bahawa ia juga berpunca daripada kerja tugasan EM). Pada masa lalu saya tidak begitu pandai untuk menguruskan masa bagi setiap habit. Misalnya pada waktu belajar, ada masa saya menghadap telefon dan bermain media sosial. Apa pensyarah cakap pun saya tidak faham. Namun kini sudah berkurang. Begitu juga apabila saya belajar silibus LAVA kembali. Masa belajar itu pun saya lakukan perkara sama. Hal ini menyebabkan kerja saya banyak tertangguh dengan perkara yang sia-sia.

Share:

Mengekang penangguhan semasa belajar

Masalah

Sikap berlengah-lengah ini kerap berlaku kepada saya setiap kali ingin belajar, mungkin juga buat pembaca. Dalam beberapa jam saya belajar mungkin hanya 10% sahaja yang saya fokus belajar. Selebihnya (90%) saya habiskan pada perkara lain. Sebagai contoh, media sosial (twitter, instagram), artikel luar konteks belajar, mendengar podcast atau lagu (tidak silap cuma apabila belajar menggunakan rakaman, mana nak dengarnya?), dan yang paling susah adalah terfikir tentang makanannya, dll.
Share:

Rabu, September 28, 2022

Saya tidak makan pujian orang


Awal kehidupan saya hanya seorang budak picisan, bertetapanlah fakta itu sehingga sekarang. Saya tidak seperti kebanyakkan rakan persekolahan dahulu yang aktif dalam kurikulum mahupun akademik. Tidak pula menjawat sebarang jawatan penting sewaktu sekolah kerana kurang keyakinan meskipun sudah dipelawa guru berulang kali. Oleh demikian, tiadalah sebarang pencapaian yang hendak dibanggakan apatah lagi hendak menjadi pujian waktu kelak. Kesudahnya saya tidak memakan pujian orang. Dalam diamnya, telah saya bina tembok persimistik terhadap diri. Mungkin itu asbab saya selalu dalam tempurung? Terlalu memikirkan sesuatu buruk akan berlaku.

Namun, kita perlu keluar daripada kelohongan agar tidak menjadi orang-orang yang mundur. Bertekun rajin saya melihat pelajar-pelajar yang berada di luar bandar itu. Lebih menonjol hebat bakat yang dia ada berbanding pelajar di bandar serba berpeluang itu. Atas dasar ingin mengubah nasib keluarga adalah kebanyakan matlamat yang mendorong mereka untuk jadi orang-orang yang hebat. Apa itu orang hebat? Bagi saya, orang yang hebat itu adalah individu yang berjaya mengubah apa yang ada sekitarnya ke arah yang lebih baik dan bukan hanya dirinya sahaja. Setelah beberapa tahun pelajar kampung itu menuntut ilmu, ia kembali ke kampung halaman untuk mengubah tidak sahaja nasib keluarga malah perkampungannya ke arah pembangunan lebih baik. Hidupnya berjasa pada asal tanah, berbakti pada natijah kebangkitannya. Tidak pula saya menolak kekurangan pelajar-pelajar bandar, adapun mereka menjadi golongan elit yang meredah kembali ke dalam perdalaman, untuk ia lakukan kebajikan. Sudut ini juga menjadi pendorong ke atas saya untuk mula menonjolkan diri juga.

Setelahpun saya menonjolkan diri dalam khalayak ramai, adalah perkara kebiasaan ada pujian dan kritikan ke atas diri. Bila Allah menghantarkan puji-pujian ke atas kita, tidak lainlah sebagai ujian. Ada orang kita nampak biasa, tetapi Allah tinggikan darjatnya. Bahkan lebih hebat dari kita, tidaklah dia menunjuk bahkan Allah yang beri petunjuk jika Allah kehendaki. Dengan hasil yang dia dapat, begitu jugalah dengan ujian terhadapnya. Dan tetaplah dia dengan kerendahan diri bahawa segala pujian hanyalah milik Allah SWT. Ada juga orang yang nampak hebat, ditonjolkan dan diceritakan apa yang dia peroleh demi mencapai pujian dan penghormatan orang. Tetapi belum tentu Allah tinggikan darjatnya, apatah lagi redha dengan apa yang dia lakukan. Demikian juga bahawa itu juga suatu ujian. Atas hujahan ini, lebih sukalah saya menerima kritikan yang mendorong saya lebih baik. Kritikan itu mewajarkan kekurangan.

Namun, kritikan itu ada strukturnya sendiri. Ada kritikan yang wajar diambil kira, ada juga selainnya wajar untuk kita mengabaikan. Tidak lain kritikan selain itu adalah kritikan yang tidak berupa kritikan yang sebenar tetapi lebih kepada kehinaan orang. Kehinaan orang zahir daripada mereka yang tidak berpuas hati dengan pencapaian yang kita ada. Ingatlah kehinaan tidak langsung mampu merendahkan darjat seseorang, tindakan itu seakan melempar tahi ke atas mukanya sendiri. Apa ia dapat hanyalah malu dan kehinaan ke atas dirinya sendiri. Lantas demikian ia serba kekurangan dan tidak berganjak.

- hh
Share:

Isnin, September 26, 2022

Dilema: Diantara dua seruan buat mahasiswa


Diantara dilema seorang pelajar universiti adalah adanya seruan-seruan yang mengajak mereka untuk bergiat kerja. Besarnya adalah dua seruan buat mahasiswa. Satu suara menyeru mahasiswa mempertingkatkan aktiviti persatuan; satu lagi suara menyeru mahasiswa mempertingkatkan pengajian akademik. Berkehendaklah seorang pelajar itu mengambil peduli akan seruan-seruan tersebut kerana demikianlah sedikit sebanyak akan mempengaruhi keluaran (output) bagi dirinya saat keluar universiti kelak. Jika ia menyahut secara sambil lewa, oleh sebab itulah lahirnya mahasiswa yang tidak berkualiti dan terbentuk kekecewaan dalam diri setelah itu.
Share:

Imej agama terhadap individu


Dahulu saya geram benar apabila ada sahabat yang tidak menggambarkan akhlak yang baik sebagai pemimpin terhadap satu pertubuhan. Apa sahaja yang ia lontarkan itu juga sedikit sebanyak membawa kesan terhadap imej pertubuhan tersebut. Adapun saya mengambil kepedulian akan hal ini kerana saya jugalah mantan dalam pertubuhan itu. Orang luar akan menilai meskipun ia sendiri tidak sedar akan hal itu. Jika buruk bawaan dirinya, buruk jugalah tanggapan orang terhadap pertubuhan tersebut. Dengan itu, merenung pula ke dalam diri saya. Gambaran apa yang telah saya bawa dalam beragama?
Share:

Selasa, September 20, 2022

Sekarang baru nak tanya?

Kelam hati saya setelah jauh merenung perjalanan hidup ini. Banyak benar kekurangan yang tampak saya lihat dalam diri. Satu daripadanya adalah kurang bertanya atau ajukan akan persoalan pada pensyarah. Direnung waktu sekolah dahulu, adapun guru-guru yang saya acapkali bertanya. Sehingga guru saya terpaksa memberikan nombor telefon untuk berhubung dalam talian. Persoalan timbul dalam pemikiran yang wajar dengan pemahamannya. Persoalan adalah tanda kita berminat ingin tahu, sebaliknya kita mengabaikan apa yang ada.
Share:

Ahad, September 18, 2022

Andai zahir ibadahnya!

Penulis sedang berminum kopi di Shah Alam (13 Sept 2022).

Sebuah masyarakat laksana kerja alamatnya hendak mencari redha Allah semata-mata. Oleh itu, tiada satu pun kerugian ia akan dapat melainkan kejayaan yang dijanjikan. Jika zahirlah janji itu pada mereka, seorang pelajar tekun yang gagal pun tidak akan kecewa, sebadan kepimpinan yang diuji pun akan kekal utuh, karyawan dunia beralih karyawan akhirat dan seorang picisan pun sedar akan kekurangan dirinya; inginlah ia keluar dari lohong kejahilan.

- hh (18/9/2022)



Share:

Rabu, September 14, 2022

Lunar X & Lunar V pada fasa bulan separa

Lunar X dan Lunar V menandakan waktu
bulan berada dalam fasa sukuan pertama.

Apa itu Lunar X dan Lunar V? Mereka lebih terkenal dikenali sebagai ciri optik pada bulan, dan ia jelas kelihatan pada teleskop atau kamera. Lunar X terletak lebih dekat ke sisi selatan Bulan, manakala Lunar V berada hampir di tengah-tengah piring Bulan. Lunar X dan Lunar V boleh dilihat pada setiap kitaran bulan, tetapi hanya untuk masa yang singkat. Lunar ini hanya dapat dilihat selama kira-kira 4 jam di sekitar fasa bulan suku pertama.
Share:

Ahad, Ogos 28, 2022

Tahiyat di antara bangsa


Assalamualaikum wbt, inginlah saya berkongsi beberapa untaian perenggan buah fikiran saya berkenaan suasana di masjid Al-Malik Khalid, USM ini yang lain benar saya alami di rumah-rumah Allah lainnya. Jarang benarlah saya berasa asing sedangkan asalnya saya di sini. Dalam kebanyakan solat fardu mahupun solat jumaat, tampaklah saya lihat minoritinya jemaah terdiri daripada warga antarabangsa. Kadangkala ada yang sudah punyai anak kecil benar, alunan bacaan al-quran di anjung masjid juga asing orangnya bahkan imam berdarah benua lain juga ada di sini. Ketika saya melihat warna kulit dan slanga percakapan mereka, saya boleh katakan majoritinya pelajar antarabangsa beragama muslim yang asalnya dari negara-negara Benua Afrika. Maka banyaknya yang memegang mazhab Maliki seperti diperkatakan banyaknya. Lapang benar mata dan fikiran saya melihat cara mereka beribadah. Namun, tidaklah begitu jahilnya saya menyalahkan apa yang tidak sealiran mazhab saya amalkan yakni mazhab Syafi'i. Saya benar raihkan perbezaan itu dan demikianlah juga mereka yang meraih perbezaan kami di sini. Sungguh Islam itu menyatukan kaum dan bangsa yang terasing-asing menjadi satu umat yang asalnya juga dari tanah, tiada lainnya.
Share:

Khamis, Ogos 25, 2022

Kisah Mubarak - Darjat diangkat kerana jujur dan amanahnya


Mubarak ialah ayah kepada Abdullah bin Mubarak, ulama yang terkenal. Beliau pernah bekerja di sebuah kebun pokok delima milik seorang saudagar dari negeri Hamdzan. Pada suatu hari majikannya datang kepadanya dan berkata: "Wahai Mubarak, aku ingin rasa buah delima yang manis." Mubarak lantas bergegas menghampiri sebatang pohon delima dan memetik buahnya. Majikannya pun membelah dan memakan buah delima itu, tetapi memarahinya kerana rasa buah tersebut sangat masam. "Aku meminta yang manis, tetapi kamu ambil yang masam. Ambilkan aku yang manis!" bentaknya.
Share:

Selasa, Ogos 23, 2022

Perpustakaan, Masjid, dan Pekan

Sedang berada di dalam PPAS salah sebuah pekan di Sepang. (23/8/2022)

Sebuah pekan tanpa masjid dan perpustakaan tiadalah bezanya dengan lapangan batu-batu nisan. Manakala, sebuah masyarakat tanpa ketamadunan hanyalah mayat hidup tanpa jiwa yang murni.

- hh (1:40 PM, 23/8/2022)
Share:

Khamis, Ogos 18, 2022

Kewujudan Teori Kuantum

Kepada teori kuantum cahaya dapat menerangkan asal-usulnya

Sinaran Jasad Hitam
Kita akan membahaskan beberapa ujikaji fizik yang menunjukkan bahawa sinaran elektromagnet bersifat kuantum/diskrit. Zarah cahaya dinamakan sebagai foton. Hitam pula dianggap warna yang kurang baik, warna berkabung. Warna objek yang kita lihat di alam ini berwarna-warni adalah kerana objek tersebut memancarkan sinaran cahaya yang berjarak gelombang tertentu. Lampu di rumah kita memancarkan cahaya, begitu juga besi yang dipanaskan, lilin, matahari, dan bintang-bintang semuanya memancarkan cahaya. Termasuk diri kita sendiri sebenarnya memancarkan sinaran, namun bukan cahaya tampak. Tidak semua objek yang kita lihat di alam ini memancarkan cahaya.
Share:

Rabu, Ogos 17, 2022

Harga sebuah Hijrah


Assalamualaikum wbt, buat pembaca. Jarang benar saya berkongsikan perihal kerohanian di dalam blog ini. Bukanlah niatnya hendak mengabaikan apa yang perlu tetapi jahilnya saya dalam menyampaikan ilmu agamanya. Maka saya fikir hal kerohanian ini saya serahkan pada yang haknya. Mereka yang benar mendalami ilmu agama dengan landasan disiplinnya. Saya pula tidak lainnya seorang penuntut yang lemah akalnya didorong oleh guru-guru yang hebat-hebat benar. Bermulanya bulan Muharram 1444 hijr ini, telahpun saya bernekad untuk berhijrah (menjadi seorang hamba Allah SWT yang mengejar redha-Nya). Moga Allah benar menerima hijrah saya kerana kadangkala saya takut andai penghijrahan saya ini tidak lain adalah tipu daya saya sendiri dan takut andai hati saya ini berpaut pada tidak sepatutnya, yakni selain Allah SWT. Kadangkala demikianlah hati, perlu sentiasa dimuhasabahkan agar sentiasalah ia kekal dalam landasannya (yang benar).
Share:

Salam Perkenalan Fizik Moden


Fizik moden dikaji sejak zaman Max Planck (1858-1947), Ernest Rutherford (1871-1937), Albert Einstein (1879-1955), N. Bohr (1885-1962), E. Schrodinger (1887-1961), W. Heisenberg (1901-1976), E. Fermi (1901-1954) dan lain-lain. Fizik moden juga menjadi asas kajian dalam Mekanik Statistik, Mekanik Kuantum, Elektrodinamik Kuantum, dan Mekanik Kuantum Statistik.
Share:

Jumaat, Ogos 05, 2022

Pengucapan awam: Sigattarius A* oleh Dr Kevin dan Dr Juan Carlos



Umumnya berkongsi perihal astronomi di Malaysia. Ahli astronomi kita sudah lama ada perancangan untuk melaksanakan VLBi (Gabungan radio telekskop-teleskop besar) bersama negara asian lain. Namun, kita sentiasa mempunyai kekangan dalam mencari dana, kerajaan kita sukar benar hendak melaburkan duit dalam kajian saintifik. Ada juga membincangkan sedikit berkenaan "Global Malaysian Astronomers Convention 2023" yang akan datang. Demikianlah sedikit intipasinya.

- hh

Share:

Selasa, Ogos 02, 2022

Isnin, Julai 11, 2022

Berbaloi ke beli buku rujukan yang dicadangkan oleh pensyarah?

Sahabat saya pernah meminta pendapat saya berkenaan berbaloi atau tidak jika dia beli buku rujukan yang disyorkan oleh pensyarahnya. Sebenarnya, keperluan membeli buku ini bergantung kepada individu. Kita perlu lihat apa keperluan jangka masa pendek dan jangka masa panjang buku tersebut pada diri kita jika kita ingin membeli buku tersebut.
Share:

Rabu, Jun 08, 2022

Antagonis paling baik

"Apa pengorbanan paling berat pernah engkau buat?"

"Meninggalkan seseorang untuk hal yang lebih baik."

"Bagaimana mungkin ..?"

"Apabila kita sering menyakiti seseorang. Kita akan mula sedar bahawa kita adalah antagonis dalam buku ceritanya.

Seorang antagonis mana mungkin menjadi protagonis. Maka, meninggalkan adalah perkara paling baik seorang antagonis boleh lakukan. Namun, berbayarlah sebuah pengorbanan."

"Apa yang beratnya..?"

"Sedang ia adalah orang yang paling bermakna dalam sebuah buku cerita kita, dan ia tidak ada lagi bersama kita di penghujung cerita."

"Apa kau tidak punya perasaan untuk itu?"

"Tanpa perasaan, meninggalkan seseorang akan menjadi suatu perkara yang mudah dan ringan. Sudah tentu aku ada dan ia menyakitkan."
Share:

Isnin, Jun 06, 2022

Kalau bukan ahli fizik, maka aku petani

"Kalau tak jadi ahli fizik, aku nak jadi petani"

"Kau gila? Petani?"

"Bila kau bertani, kau perlu berinteraksi dengan alam. Interaksi itu perlukan bahasa. Bahasa itu boleh dipelajari melalui ilmu yang aku belajar, fizik. Menggunakan 'bahasa' yang betul dan bermakna, maka jadinya ia hal yang membawa manfaat pada umat manusia.

Kau akan lihat, tanah-tanah ini kelak akan subur dan riang. Pokok-pokok juga bakal tinggi dan lebat hasilnya. Ilmu yang bermanfaat bukan sahaja mampu memberi kesan pada diri kita tetapi pada makhluk lain juga.

Maka kau fikir apa yang lebih bermakna berbanding ilmu yang tidak diamal?"

- hh (6/6/2022)
Share:

Rabu, Mei 25, 2022

Pembenaman blog


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang melawat blog ini dan membaca entri ini. Bagi pelawat yang masih baru memasuki blog ini, selamat datang dan maaf saya ucapkan kerana segala penulisan di dalam blog ini telah diarkibkan secara peribadi. Bagi mereka yang belum mengetahui, sebelum ini saya sudah menulis lebih dari 200+ entri dengan tajuk yang pelbagai. Namun, saya sedar akan kekurangan dan kesilapan dalam penulisan entri saya secara sengaja mahupun tidak sengaja, maka saya dengan rela hati membenamkan blog ini secara berperingkat bermula pada tarikh 25/5/2022.
Share:

Khamis, Mei 05, 2022

3 Pesanan ringkas abah ketika di alam kampus

Mendapat nasihat dan pesanan sebelum pergi merantau atau belajar adalah perkara biasa yang akan dialami oleh seorang penuntut. Termasuklah diri saya sendiri. Sebelum saya pulang ke institusi pengajian, abah saya akan memberi beberapa pesanan yang mana saya ingat sampai sekarang (walaupun sudah beberapa bulan berlalu). Kebimbangan seorang ayah pada anaknya jelaslah terpampang di wajahnya, kerana hidup di kampus ini kita akan berdepan dengan banyak ideologi-ideologi pemikiran yang menyonsangkan iman dan akidah kita. Tidak kisah lah kita ini anak yang nakal ataupun baik sekalipun, mereka tetaplah memberi nasihat sejitunya. Walaupun saya secara zahirnya tidak nampak lagi anasir-anasir liar itu, tetapi syukur benar.. Allah temukan saya dengan orang-orang yang baik. Bila kita berusaha untuk menjadi baik, InsyaAllah kita juga akan dikelilingi dengan orang yang baik-baik. Tidak lari juga akan lahirnya suasana biah solehah yang sentiasa akan membendung kita daripada melakukan kemungkaran.
Share:

Rabu, April 27, 2022

Rabu, April 13, 2022

Eksperimen Michelson-Morley : Menguji kehadiran rangka Eter

Pembentukkan teori kerelatifan khas bermula dengan permasalahan tentang persamaan dan penemuan Maxwell berkenaan percanggahannya dengan rangka rujuk (reference frame) yang berasaskan transformasi Galilean (Galilean transformation) yang menjadi dasar utama dalam mekanik Newton. 

Secara logiknya, kepantasan manusia yang berlari di atas kereta api adalah lebih laju berbanding manusia yang berlari di atas jalan raya. Hal ini demikian kerana kelajuan manusia yang belari di atas kereta api disokong dengan kelajuan kereta api itu sendiri. Perkara ini disokong oleh transformasi Galilean.
Share:

Ahad, April 03, 2022

Redha Ibu bapa dalam menuntut ilmu


Saya selalu berbual dengan para pensyarah berkenaan latar belakang pendidikan mereka sehinggalah kini mereka bergelar pensyarah. Antara sebabnya, saya nak visualisasi laluan arah bidang yang boleh saya lalu. Selalu saya akan ambil waktu senggang, supaya tak menganggu waktu mereka. Lagipun borak secara santai sahaja.
Share:

Sabtu, April 02, 2022

Paradoks Olbers dalam kepegunan alam semesta

Rajah 1 : Apabila bilangan bintang tak terhingga dilihat pada satu sudut,
ia akan berkumpul dan sepatutnya memenuhi alam ini dengan cahaya

Paradoks Olbers adalah salah satu paradoks kosmologi tertua berkenaan fakta bahawa langit malam tidak sepatutnya kelihatan gelap tetapi harus bersinar dengan kecerahan permukaan bintang dalam alam. Paradoks ini muncul ketika saintis berhipotesis bahawa alam semesta adalah statik/pegun (bukan berkembang seperti sekarang), dan langit dipenuhi oleh bilangan bintang yang tidak terhingga (Rajah 1)  Paradoks Olbers, dinamakan sempena ahli astronomi Jerman Heinrich Wilhelm Olbers (1758–1840). Paradoks ini juga dikenali sebagai "paradoks langit malam yang gelap".
Share:

Jumaat, Mac 25, 2022

Arkib Fizik HH: Arus ulang-alik (Peringkat Matrikulasi)

Berikut adalah beberapa soalan arus ulang alik (alternating current) yang saya jawab sewaktu peringkat Matrikulasi. Ini hanyalah salah satu set soalan yang dibuat sebelum menjelang PSPM (Peperiksaan Semester Program Matrikulasi) 2020/2021.


Share:

Ahad, Mac 20, 2022

Antara fenomena unik dalam dunia kuantum

Apabila anda membaca majalah ataupun artikel berkenaan sains fizik terutamanya bidang fizik moden, pasti kebanyakkan topik adalah berkenaan idea fizik yang menarik dan pelik (tetapi klise) untuk menarik minat pembaca umum seperti kita. Misalnya, jirim yang boleh wujud dalam keadaan tenaga, gelombang yang bertindak sebagai kebarangkalian, sifat kedualan cahaya ataupun kewujudan trans-dimensi pada skala tetangsi? Banyak lagi sebenarnya idea fizik yang pelik dan aneh belum aku terokai lagi. Aku akan kongsi sedikit beberapa idea fizik yang menarik minat aku,

Kedualan zarah-gelombang (Wave Particle Duality)
Teori cahaya sebagai zarah mula diperkenalkan oleh Isaac Newton dalam karyanya "Opticks". Pada abad ke-19, Thomas Young pula membuktikan sifat cahaya seperti gelombang melalui eksperimen dwicelah (Double-slit experiement). Dengan bermulanya mekanik kuantum yang dipelopori oleh Max Planck, telah membuktikan bahawa cahaya terdiri daripada kedua-duanya (zarah dan gelombang). Namun ia bergantung kepada pemerhatian manusia, cahaya boleh menjadi gelombang dan kadangkala boleh menjadi zarah. Apa yang menarik, tanpa pemerhatian manusia cahaya boleh menjadi kedua-duanya. Dua dekad kemudian, ahli fizik mula menyedari bahawa semua zarah berkelakuan seperti gelombang dan zarah juga mampu berkelakuan seperti gelombang. Hal ini telah dibuktikan melalui eksperimen dwicelah elektron.


Kebarangkalian Kuantum & Masalah Pengukuran (Quantum Probability & Measurement Problem)
Menurut mekanik kuantum, gelombang ini bukan gelombang fizikal sebenar, tetapi gelombang kebarangkalian ataupun sebagai fungsi gelombang. Ia adalah kebarangkalian kedudukan bagi setiap individu foton itu berada. Fungsi gelombang ditakrifkan secara matematik melalui persamaan Schrödinger yang mengambarkan kebarangkalian zarah ditemui pada kedudukan tertentu. Apabila pengukuran dibuat, kita akan mempunyai hasil pengukuran yang tepat. Namun masalah dalam pengukuran kuantum ialah teori itu tidak dapat menerangkan sepenuhnya bagaimana tindakan memerhatikan itu menyebabkan berlakunya keruntuhan fungsi gelombang (wave function collapse). Percubaan untuk menyelesaikan persoalan ini telah membawa kepada beberapa tafsiran kuantum. Antaranya yang paling popular adalah tafsiran Copenhagen (Copenhagen Interpretation).


Prinsip Ketidakpastian Heisenberg (Heisenberg Uncertainty Principle)
Ahli fizik Werner Heisenberg membangunkan Prinsip Ketidakpastian Heisenberg yang mengatakan bahawa apabila keadaan fizikal sistem kuantum diukur terdapat had asas kepada jumlah ketepatan yang boleh dicapai. Misalnya lebih tepat kau mengukur momentum zarah semakin kurang tepat ukuran kau terhadap kedudukannya. Maka, kedudukan dan momentum zarah tidak dapat disukat dengan tepat dalam satu masa. Dalam tafsiran Copenhagen yang dipelopori oleh Werner Heisenberg dan Niels Bohr, menyatakan bahawa ia bukan hanya berlaku kerana ralat pengukuran ataupun had teknologi, tetapi ia disebabkan had fizikalnya yang sebenar.


Kekusutan Kuantum & Ketidaksetempat (Quantum Entanglement & Nonlocality)
Dalam teori kuantum, apabila seketul zarah mereput menjadi dua zarah, ia adalah dua zarah yang fungsi gelombangnya bergantung antara satu sama lain. Bermakna keadaan satu zarah berkaitan secara langsung dengan keadaan zarah lain yang berada di tempat lain. Inilah fenomena yang dipanggil sebagai kekusutan kuantum. Suatu zarah itu berkusut dengan suatu zarah yang lain. Pengukuran keadaan kuantum terhadap satu zarah menentukan keadaan kuantum yang mungkin bagi zarah lain. Apa yang menarik, kekusutan ini tidak bergantung pada lokasi zarah di ruang masa. Walaupun kau memisahkan zarah terkusut dalam jarak yang jauh diantara satu sama lain, menganggu satu zarah yang terkusut masih dapat mempengaruhi perubahan zarah satu lagi.



Share:

Selasa, Mac 15, 2022

Terbitan Petua Sinus

Jikalau entri sebelum ini terbitan bagi petua kosinus, maka ini pula adalah terbitan bagi petua sinus. Kita tahu bahawa jumlah sudut bagi pelbagai jenis segitiga adalah bersamaan dengan 180 darjah dan jumlah tersebut tidak akan berubah. Jika kita diberikan dua sudut segitiga, maka dengan mudahnya kita tolak dua sudut itu dengan 180 darjah untuk mendapatkan satu lagi sudut segitiga. Tetapi bagaimana jika kita ingin mencari satu sudut itu apabila maklumat yang diberi hanya satu sudut dan dua panjang sisi segitiga? Isu yang lebih kurang juga seperti bagaimana hendak mencari satu panjang sisi apabila yang diberi dua sudut dan satu sisi?

Share:

Isnin, Mac 14, 2022

Terbitan teorem al-Kashi (Petua kosinus)

Dalam trigonometri, petua kosinus juga dikenali sebagai formula kosinus, hukum kosinus, atau teorem al-Kashi. Petua kosinus ini adalah berkaitan dengan hubungan diantara panjang sisi segitiga dengan kosinus salah satu sudutnya. Teorem ini muncul apabila timbul isu yang berbunyi, "jika kita hanya diberi tiga sisi segitiga bagaimana kita mampu mencari semua sudut tersebut?".
Share:

Ahad, Mac 06, 2022

Bagaimana membentuk naluri berteknologi (Technology Instinct)

Bijak dalam akademik tidak menjaminkan kita bijak dalam mengadaptasikan teknologi. Perkembangan jaringan internet ini membawa kepada "internet of things". Maka teknologi semakin berkembang dengan pesat. Hampir setiap individu kini mempunyai telefon bimbit, dan bandaraya berteknologi seperti Cyberjaya menjadi idaman atau "role model" bagi bandaraya siber pada masa akan datang. Teknologi itu sendiri memudahkan kerja manusia namun ia juga mampu mengancam dan memberi mudarat kepada kita jika kita tidak mempunyai naluri dalam menggunakan teknologi.

Generasi kini iaitu generasi Z lebih mudah beradaptasi dengan teknologi, mereka tidak terkial-kial untuk teroka perkara baru dalam penggunaan teknologi kini. Mereka tidak perlu membaca buku manual untuk memahami penggunaan asasnya. Tunjuk itu dan tunjuk ini sudah cukup untuk mereka beradaptasi dan meneroka sendiri, sedikit demi sedikit untuk mencapai titik penguasaan. Berbeza dengan generasi terdahulu, mereka pernah melalui zaman tanpa teknologi dan internet. Malah pada waktu itu revolusi industri tidak lagi mencapai IR 4.0. Perkara asing yang hadir dalam hidup mereka seperti teknologi kini mereka akan lebih berhati-hati dan lebih meneliti kaedah untuk mahir dalam teknologi yang digunakan.

Ada juga diantara mereka lebih rela menggunakan cara lama dan memenatkan daripada beradaptasi dengan teknologi yang lebih memudahkan kerja. Misalnya, PETRONAS ada membangunkan aplikasi "Setel". Aplikasi tersebut membolehkan orang ramai membayar urus niaga petrol mereka di beberapa stesen minyak PETRONAS yang mengambil bahagian. Bermakna anda tidak perlu lagi pergi kaunter secara manual untuk membayar duit minyak ataupun apa sahaja urus niaga di PETRONAS, semuanya di hujung jari sahaja.

Kehadiran mata wang kripto, NFT, forex atas talian dan pelbagai lagi telah membawa kita kepada ekonomi digital yang tidaklah terlalu terkenal pada suatu masa dahulu. Namun, ramai mengatakan bahawa ia adalah cara mudah untuk membuat duit dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Kebenaran ini terbukti apabila manusia mula menonjolkan hasil yang mereka perolehi daripada perlombongan ekonomi digital ini. Namun mengapa orang yang pakar dalam bidang teknologi kebanyakkannya tidak terlalu terikat pada perkara seperti ini? Terdapat beberapa etika (etiquette) yang perlu kita fahami sebelum mendalami dunia tanpa sempadan ini. Paling tidak rasminya adalah "Trust no one". Tidak mempercayai sesiapa adalah etika yang paling baik untuk kita lebih selamat (secure) dan berhati-hati dalam mengadaptasikan internet. Ia adalah naluri (instinct) yang tidak semua orang ada.

Memang sudah ada orang yang membuat duit secara dalam talian tetapi sampai bilakah ia mampu bertahan dan melindungi kita daripada sebarang risiko? Bagaimanakah algoritma dan konsepnya suatu teknologi itu? Kita hanya bekerja disebalik persoalan yang mengaburkan tujuan dan tindakan. Banyak hal dalam penggunaan teknologi kita sekarang hanya melibatkan interaksi antara mukanya (interface) sahaja, terus mendapatkan keluarannya tanpa mengetahui bagaimana prosesnya. Namun, jika hanya kita memahami bagaimana sesuatu itu berfungsi serta meleyapkan kegusaran kita dalam menggunakan teknologi tersebut maka itu adalah lebih baik. Sebab itu saya merasakan, kita tidak seharusnya begitu berselesa dengan teknologi internet sehingga kita mengabaikan etika dan keselamatan kita. Kita lebih nampak keluaran (output) dan inputnya berbanding proses yang ia alami (process). Maka, kebarangkalian untuk berlaku tipu muslihat terhadap kita itu ada.

Jika kita mempelajari pembelajaran sains komputer ini secara formal, kita akan sedar bahawa apa yang membezakannya dengan pembelajarana tidak formal, adalah etika. Jika kita menggunakan teknologi pengkomputeran dengan baik, maka ia akan memberi manfaat yang sangat besar terhadap diri kita.

- hh

Share:

Sabtu, Mac 05, 2022

Horace dan Carpe diem

 

"Carpe diem, quam minimum credula postero." - Horace.

Itulah syairnya yang popular disebut-sebut hingga kini. "Carpe diem" ialah frasa Latin yang bermaksud rebut hari itu manakala "quam minimum credula postero." bermaksud meletakkan sedikit kepercayaan pada hari esok (masa depan). Pepatah ini digunakan untuk menggalakkan seseorang untuk memanfaatkan masa kini dengan lebih baik daripada memikirkan masa depan. Frasa moden YOLO (Anda Hanya Hidup Sekali) boleh dianggap sebagai versi baharu carpe diem.

Share:

Khamis, Mac 03, 2022

Baru tahu bezanya Kelinci dan Arnab


Jarang sebenarnya saya hendak berkongsi perihal haiwan dalam entri blog. Tetapi apa yang saya nak kongsi ini berkenaan satu haiwan bersusur keluarga Leporidae. Jika saya hendak melayari internet, saya kebiasaannya akan menggunakan pelayar web Edge. Selalunya pelayar ini akan paparkan latar belakang bergenre alam semula jadi ketika kita hendak membuka Tab baharu. Namun ada satu Tab ini memaparkan satu gambar berlatarkan haiwan seakan arnab yang menyorok disebalik lalang. Kemudian saya legarkan tetikus pada info gambar tersebut, ternyata yang disebalik lalang itu bukan arnab tetapi kelinci (Hale)! Kemudian, saya terfikir yang selama ini ada beza rupanya kelinci dengan arnab. Bahkan saya tidak perasan pun akan perbezaannya yang ketara. Jika anda perasan, kelinci ini lebih besar berbanding arnab biasa dengan kaki belakang dan telinga yang lebih panjang dengan tanda hitam pada telinganya. Apa yang saya kurang berkenan dengan kelinci ini adalah matanya yang menyeramkan.


Kalau bulu arnab ini kekal warna yang sama sepanjang tahun, kelinci ini pula bezanya bertukar warna daripada coklat atau kelabu pada musim panas kepada putih pada musim sejuk.

Makanan kelinci & arnab
Arnab dan kelinci juga cenderung memakan makanan yang berbeza. Walaupun arnab lebih suka rumput dan sayur-sayuran yang lebih lembut (seperti lobak merah misalnya), kelinci ini lebih suka makan kulit kayu (Bark) dan ranting (Twigs) yang lebih keras.


Cara mereka mengatasi ancaman bahaya
Arnab boleh dijinakkan dan dipelihara sebagai haiwan peliharaan; kelinci akan tetap liar. Ini mencerminkan tingkah laku mereka di hutan liar. Tabiat hidup mereka yang berbeza menjadikan arnab dan kelinci ini mempunyai tindak balas terhadap ancaman bahaya secara berbeza. Arnab lebih suka bersembunyi di bawah tanah. Kelinci pula menggunakan kaki belakangnya yang lebih panjang dan lebih kuat untuk lari daripada bahaya.

- hh
Share:

Isnin, Februari 21, 2022

Krisis Mesin A & Mesin B oleh Richard Feynman

Krisis Mesin A & Mesin B
Saya mengambil masa dua hari bagi memahami apa yang ingin disampaikan oleh Feynman berkenaan mesin gerakan kekal (perpetual motion machine) dalam bukunya "Six Easy Piece". Feynman mengandaikan terdapat dua buah mesin. Mesin A yang merupakan sebuah mesin boleh balik (reversible) dan mesin B yang juga merupakan sebuah mesin tidak boleh balik (irreversible). Mesin boleh balik ialah mesin yang boleh melakukan kitaran boleh balik. Kita boleh menganalogikan seperti sistem bandul yang bergerak balik pada dua tempat namun dalam prinsip ini ia perlu melibatkan pertukaran tenaga yang berbolak balik. Jadi kedua-dua mesin ini merupakan mesin angkat berat yang ringkas. Katakan mesin boleh balik, A ini mengangkat berat tiga unit pada jarak tinggi X daripada asalan dan menurunkan satu unit berat dengan satu unit jarak daripada asalan. Begitu juga dengan mesin B yang juga menurunkan seunit berat dengan seunit jarak daripada asalan, tetapi mengangkat berat tiga unit dengan jarak tinggi Y daripada asalan (Ya, hakikatnya sama sahaja cuma pembolehubah Y dan X yang berbeza). Feynman kemudian membuktikan bahawa tinggi Y tidak melebihi tinggi X. Tetapi mengapa? Mari kita andaikan bahawa Y adalah lebih tinggi daripada X. Seperti tadi, kedua-dua mesin berada dalam keadaan keseimbangan kemudian mesin melakukan kerjanya iaitu menaikkan dan menurunkan seperti dinyatakan sebelum ini. Disebabkan Y tinggi daripada X. Kita boleh menurunkan berat daripada Y kepada X bagi mendapatkan tenaga percuma (W=3Mg(Y-X)) dan menggunakan prinsip mesin A untuk bergerak ke belakang (reversible process) untuk menurunkan berat tiga unit pada jarak X ke asalan dan mengangkat berat satu unit ke asalan semula. Ini akan mengembalikan mesin ke tempat sebelumnya dan membiarkan kedua-dua mesin sedia untuk digunakan semula. Oleh itu kita akan mempunyai gerakan kekal jika Y adalah lebih tinggi daripada X.



Share:

Tenaga menurut Richard Feynman



Apa itu tenaga?

Saya kini sedang membaca satu buku Richard Feynman yang bertajuk "Six Easy Pieces". Sebenarnya ia adalah komplikasi 6 topik yang mudah daripada buku "The Feynman Lectures on Physics" yang diterbitkan pada 1963. Pada awalnya, saya ingin mendalami makna tenaga. Nampak seperti mudah untuk kita fahami maknanya. Hakikatnya ia adalah suatu yang abstrak untuk difahami begitu sahaja kerana Richard Feynman sendiri tidak mampu menjelaskan apa itu tenaga sebenarnya. Beliau berkata dalam salah satu syarahannya, iaitu "it is important to realize that in physics today, we have no knowledge of what is energy. We do not have a picture that energy comes in little blobs of a definite amount." dan "We don't really understand what energy is, nor the mechanisms behind the movement of energy (or the conservation of energy). We just understand the numbers behind it all, and that they work.".
Share:

Selasa, Februari 08, 2022

Proof of the Derivative of Exponential Functions using Logarithmic Differentiation


Here is some working proof of deriving the exponential functions that I calculate. I know there's a lot on the internet and there is some other way to prove it. Tbh, I didn't really know how the formula is derived as in the figure above. It's like, how did this happen? Maybe I was too unknowledgeable to figure it out or lack of mathematical (but I just did after a few strive). So here is some working proof, if you guys struggling to figure it out. Sometimes, I review my own entries if I start to forget, lol.
Share:

Isnin, Februari 07, 2022

Pendedahan pertama terhadap terbitan formula fizik

Apa itu terbitan formula fizik?
Terbitan atau dalam bahasa inggerisnya "Derive". Selalu semasa kita sekolah menengah dahulu, kita akan diperkenalkan dengan formula-formula fizik (bagi siapa yang mengambil subjek fizik) dan tugas kita masukkan sahaja nilai kuantiti ke dalam formula fizik yang sesuai dengan soalan. Tetapi pernah tak terfikir bagaimana ahli fizik terbitkan persamaan tersebut? Kalau lihat pada pucuk pangkalnya memang sukar untuk menerbitkan suatu persamaan. Boleh lihat sendiri cara kerja ahli fizik teori. Oleh itu, saya akan berkongsi pendedahan saya terhadap terbitan formula fizik pada peringkat rendah sahaja.
Share:

Pengabaian konsep unggul dalam soalan fizik

Berikut merupakan satu daripada soalan ujian mekanik saya. Melihat pada soalan, ia merupakan tajuk kegravitian, tetapi ia adalah gabungan tajuk keseimbangan, iaitu keseimbangan dinamik. Seperti kita tahu, walaupun kita kurang terikat dengan daya graviti bumi di ruang angkasa, masih terdapat sebenarnya daya yang ditindakkan pada kapal angkasa ini walau sejauh mana pun kapal angkasa ini berada di ruang angkasa yang vakum. Persoalannya adakah soalan ini mengandaikan tiada daya yang dikenakan?
Share:

Ahad, Februari 06, 2022

Boys, don't forget your Friday prayer ya.

Ungkapan yang menolak keraguaan
"Boys, don't forget your Friday prayer ya.", adalah ungkapan yang sentiasa bermain fikiran saya apabila menjelang hari Jumaat. Ungkapan yang sangat ringkas inilah yang telah menolak keraguan saya bahawa hari ini adalah hari Jumaat. Ungkapan ini jugalah yang keluar daripada mulut pensyarah Bahasa Inggeris saya setiap kali mengakhiri kelasnya pada hari Jumaat, semoga Allah merahmati beliau.
Share:

Rabu, Januari 12, 2022

Short Note: Vector in Matriculation Syllabus

This is a vector note made by me during my matriculation studies. For the first time, I don't even think to share the notes as I thought it was not really could beneficial for other people, especially students. But, never mind. As I studied in a physics course (I'm an undergraduate, 2022), vectors could be very useful in mechanics because they can visually represent position, displacement, velocity, and acceleration. Such example, cross-product could be very useful when we want to find the angular momentum of the rigid body. You do really need to be good at vectors or at least get a basis. Then you can understand easily in mechanics. Vectors are about directions, that move through space. Thus, you should be able to imagine it as it's in 1, 2, or 3 dimensional.

Share:

The Crisis of Prism Derivative

Lately,  I'm having a crisis that I called a "Prism Derivative Crisis". Which is about the derivative of the prism. It's stressful and challenging. Yes, and it's an assignment under the Vibrations, Waves & Optics (VWO) course. More specifically, Optics. I can think that this is just an introduction. I'm sure I will be facing the worst(i mean hard) questions that can probably be asked. For Year 2, there is a course just for Optics. I'm not saying that this subject is not interesting and really difficult. If another student is able to do it, then I actually can too. It just consists of hardworking, struggle, and understanding.

Share:

Khamis, Januari 06, 2022

Kenali Inersia dan Momen Inersia

Apa itu Inersia?
Semasa kita sekolah menengah mungkin kita sudah diperkenalkan apa itu inersia, inersia merupakan sifat semula jadi bagu suatu objek yang cenderung untuk menentang sebarang perubahan keadaan asalnya, sama ada objek tersebut dalam keadaan pegun ataupun sedang bergerak.

Inersia juga adalah ukuran betapa sukarnya untuk mengerakkan atau mengubah arah objek. Semakin tinggi inersia suatu objek itu, semakin sukarlah untuk memulakan objek itu bergerak, atau menghentikannya setelah ia bergerak.
Share: